Pendaftaran Keahlian Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Setiap warganegara Malaysia yang layak menjadi ahli berhak mendaftar diri sebagai ahli BERSATU mengikut Perlembagaan dan Peraturannya.
  2. Permohonan mendaftar sebagai ahli boleh dibuat dengan cara berikutĀ :
    1. Mengemukakan permohonan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Srikandi Cawangan atau Ketua Armada Cawangan masing-masing yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut; atau
    2. Mengemukakan permohonan kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut dengan mengikut cawangan seperti kehendak ahli berkenaan menjadi ahlinya, atau jika ahli berkenaan tidak menyatakan kehendaknya, menentukan cawangan di mana ahli berkenaan menjadi ahli.
  3. Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah disertakan dengan bayaran pendaftaran sebanyak dua ringgit (RM2.00) yang dibayar sekali seumur hidup dan yuran tahunan sebanyak dua ringgit (RM2.00).
  4. Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu yang hendak mendaftar sebagai ahli seumur hidup hendaklah menyertakan bayaran yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja).
  5. Bagi permohonan yang dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Srikandi Cawangan atau Ketua Armada Cawangan, jika pemohon tidak didaftarkan sebagai ahli dalam masa satu bulan, pemohon boleh melaporkan hal ini kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian mesti mengarahkan Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli tertakluk kepada peruntukan Fasal 7 Perlembagaan BERSATU.
  6. Bagi permohonan yang dikemukakan kepada Setiausaha Agung, jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam masa satu bulan, pemohon boleh melapor hal ini kepada Majlis Presiden dan Majlis Presiden mesti mengarahkan Setiausaha Agung mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli tertakluk kepada peruntukan Fasal 7 Perlembagaan BERSATU.
  7. Mana-mana ahli boleh melapor kepada Majlis Pimpinan Tertinggi atas mana-mana pemohon yang difikirkan tidak layak menjadi ahli serta memberikan sebab-sebabnya.
  8. Majlis Pimpinan Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian dan keputusan itu adalah muktamad.
  9. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa menetapkan borang permohonan dan kaedah permohonan ahli dari masa ke semasa.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...